Masih ramai yang belum cukup mengenali siapakah pelakon ini, Sofi Jikan.
Seorang pelakon yang cukup berkarisma dalam setiap watak yang pernah
dibawanya.Antara watak yang paling diingati adalah dalam filem Zombie kg Pisang,KL Gangster,Hantu Kak Limah Balik Rumah,Bohsia,Rock dan banyak lagi.
Nama Penuh : Mohamad Shoffi Jikan
Panggilan : Soffi-G
Asal : Kuala Terengganu, Terengganu
Tarikh Lahir : 13 November 1970
Usia : 41 Tahun
Isteri : Izzatty Isma Ibrahim, 30
Anak : Sufilyana Syahmi (7 tahun), Ilham Izzuddin (5 tahun) dan Irfan Solihin (3 bulan).
Pendidikan : Akademi Filem Malaysia (sekarang Akademi Seni, Warisan dan Budaya (ASWARA) pada awal 90-an.
Kerjaya : Pelakon, Pengarah, Penulis Skrip dll
Setiap watak lakonannya amat meninggalkan kesan. Walaupun beliau kurang mendapat publisiti yang meluas, bakat lakonannya yang menjadi taruhan dan diberi kepercayaan oleh pengarah yang ingin mendapatkan khidmat beliau. Sofi Jikan juga telah membuktikan bahawa seorang pelakon mampu pergi jauh walaupun sebagai watak pembantu.
Antara filem yang pernah dibintanginya:
2003: Paloh, Arahan Adman Salleh, Watak Pembantu: Harun.
2005: Rock, Arahan Mamat Khalid, Watak Pembantu: Zul Kapan.
2006: Man Laksa, Arahan Mamat Khalid, Watak Pembantu: Imran Hafifi.
Cinta, Arahan Kabir Bhatia, Watak Pembantu: Joe.
2007: Chermin, Arahan Zarina Abdullah, Watak Pembantu: Zakaria.
Zombie Kampung Pisang, Arahan Mamat Khalid, Watak Pembantu: Sopi.
2008: Kala Malam Bulan Mengambang, Arahan Mamat Khalid, Watak Pembantu: Ketua Pergerakan Bawah Tanah.
Antoo Fighter, Arahan Azizi Chunk Adnan, Watak Pembantu: Admiral Bajang.
Los dan Faun, Arahan Afdlin Shauki, Watak Pembantu: Pak Guard.
2009: Setem, Arahan Kabir Bhatia, Watak Pembantu: Mat Rempit.
2010: Kapoww!!, Arahan Azizi Chunk Adnan, Watak Pembantu: Mi Belit.
Estet, Arahan Mamat Khalid, Watak Pembantu: Junna
V3: Samseng Jalanan Arahan Farid Kamil.
2011: KL Gangster, Arahan Syamsul Yusof, Watak Utama: Ajib Sengat.
Kantoi, Arahan Ahmad London, Watak Pembantu: Salman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan