Lama tak dengar berita pasal Deftech AV4
- Mungkin ramai yang tidak sedar yang Deftech pernah menghasilkan kenderaan tempur ringan yang diberi nama AV4.Tetapi setelah beberapa tahun pemasaran kenderaan ini masih belum berjaya menembusi pasaran.Malah Negara kita sendiri telah memilih PARS 8x8 untuk program penggantian Condor 4x4 dan Sibmas 6x6.
- Selepas negara kita dikejutkan dengan pencerobohan kesultanan Sulu di Lahad Datu Sabah,aku pun terfikir kenapa Tentera kita tidak gunakan saja AV4 ni sebagai kenderaan tinjuan dan sebagai bantuan tembakan kepada barisan hadapan kita.Daripada gambar2 yang dipaparkan di surat khabar,kita dapat lihat yang pasukan keselamatan kita masih lagi menggunakan kenderaan seperti G-Wagon yang terbuka dan tidak memberi perlindungan kepada anggota ketika bertempur.Ini akan mendedahkan keselamatan anggotan kita kepada tembakan pihak musuh.
- Walaupun kenderaan AV4 mempunyai perlindungan yang minima,tetapi masih mampu untuk memberi perlindungan daripada tembakan senjata ringan.Harap2 perkara ini di pandang serius oleh bahagian kepimpinan ketenteraan kita.Setiap nyawa anggota keselamatan amat tinggi nilainya,mereka memerlukan peralatan yang bersesuaian untuk menjamin keselamatan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan