Khamis, 18 April 2013
Faktor-faktor kenapa lelaki kahwin lambat...
Ko ni bila nak kawen??soalan ni selalu orang tanya kat aku.Soalan ni memang susah nak jawab,lagi susah dari soalan Kimia masa aku exam SPM dulu.Bila orang tanya macam ni,aku mampu senyum je dan jawab belum ada jodoh lagi.Aku ada terbaca dalam satu Blog,sebab2 kenapa lelaki kawen lambat.Ada juga yang kena dengan hidup aku.Tak tau la dengan orang lain.
1.”Duit belum cukup lagi”.
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!
2. “Nak beli kereta dulu baru nak kahwin”.
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu..
3. “Susah la nak cari yang berkenan dihati”.
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ? da duit abangku sayang, takde pitis sayangpun melayang!
4.”Tak datang seru lagi kot”.
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.
5.”Banyak sangat halangan”.
Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!
6.”Belum bersedia la”.
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.
7. “Ilmu tak cukup la”.
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?impi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?soal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!
8. Tanggungan?? “
Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri”.Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul. Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.
9.“Dah mencubalah tapi telah dikecewakan”.
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.
10.”Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la”.
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.
11.”Jodoh tak sampai lagi kot”.
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!
12.”Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat” .
Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!
13. “Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka”.
Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!
14.”Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la”.
Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!
15.”Dia nie suka pasang ramai org sangat”.
Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.
16. “Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak”.
Pompuan memang camtu..
17. “Nak carik yang solehah lah”.
Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.
18. “Masalah la”.
Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.
19. “Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la”.
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.
20. “Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya”.
Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia.
Isnin, 15 April 2013
Lama tak dengar berita pasal Deftech AV4
- Mungkin ramai yang tidak sedar yang Deftech pernah menghasilkan kenderaan tempur ringan yang diberi nama AV4.Tetapi setelah beberapa tahun pemasaran kenderaan ini masih belum berjaya menembusi pasaran.Malah Negara kita sendiri telah memilih PARS 8x8 untuk program penggantian Condor 4x4 dan Sibmas 6x6.
- Selepas negara kita dikejutkan dengan pencerobohan kesultanan Sulu di Lahad Datu Sabah,aku pun terfikir kenapa Tentera kita tidak gunakan saja AV4 ni sebagai kenderaan tinjuan dan sebagai bantuan tembakan kepada barisan hadapan kita.Daripada gambar2 yang dipaparkan di surat khabar,kita dapat lihat yang pasukan keselamatan kita masih lagi menggunakan kenderaan seperti G-Wagon yang terbuka dan tidak memberi perlindungan kepada anggota ketika bertempur.Ini akan mendedahkan keselamatan anggotan kita kepada tembakan pihak musuh.
- Walaupun kenderaan AV4 mempunyai perlindungan yang minima,tetapi masih mampu untuk memberi perlindungan daripada tembakan senjata ringan.Harap2 perkara ini di pandang serius oleh bahagian kepimpinan ketenteraan kita.Setiap nyawa anggota keselamatan amat tinggi nilainya,mereka memerlukan peralatan yang bersesuaian untuk menjamin keselamatan mereka.
Soffi Jikan???
Masih ramai yang belum cukup mengenali siapakah pelakon ini, Sofi Jikan.
Seorang pelakon yang cukup berkarisma dalam setiap watak yang pernah
dibawanya.Antara watak yang paling diingati adalah dalam filem Zombie kg Pisang,KL Gangster,Hantu Kak Limah Balik Rumah,Bohsia,Rock dan banyak lagi.
Nama Penuh : Mohamad Shoffi Jikan
Panggilan : Soffi-G
Asal : Kuala Terengganu, Terengganu
Tarikh Lahir : 13 November 1970
Usia : 41 Tahun
Isteri : Izzatty Isma Ibrahim, 30
Anak : Sufilyana Syahmi (7 tahun), Ilham Izzuddin (5 tahun) dan Irfan Solihin (3 bulan).
Pendidikan : Akademi Filem Malaysia (sekarang Akademi Seni, Warisan dan Budaya (ASWARA) pada awal 90-an.
Kerjaya : Pelakon, Pengarah, Penulis Skrip dll
Setiap watak lakonannya amat meninggalkan kesan. Walaupun beliau kurang mendapat publisiti yang meluas, bakat lakonannya yang menjadi taruhan dan diberi kepercayaan oleh pengarah yang ingin mendapatkan khidmat beliau. Sofi Jikan juga telah membuktikan bahawa seorang pelakon mampu pergi jauh walaupun sebagai watak pembantu.
Antara filem yang pernah dibintanginya:
2003: Paloh, Arahan Adman Salleh, Watak Pembantu: Harun.
2005: Rock, Arahan Mamat Khalid, Watak Pembantu: Zul Kapan.
2006: Man Laksa, Arahan Mamat Khalid, Watak Pembantu: Imran Hafifi.
Cinta, Arahan Kabir Bhatia, Watak Pembantu: Joe.
2007: Chermin, Arahan Zarina Abdullah, Watak Pembantu: Zakaria.
Zombie Kampung Pisang, Arahan Mamat Khalid, Watak Pembantu: Sopi.
2008: Kala Malam Bulan Mengambang, Arahan Mamat Khalid, Watak Pembantu: Ketua Pergerakan Bawah Tanah.
Antoo Fighter, Arahan Azizi Chunk Adnan, Watak Pembantu: Admiral Bajang.
Los dan Faun, Arahan Afdlin Shauki, Watak Pembantu: Pak Guard.
2009: Setem, Arahan Kabir Bhatia, Watak Pembantu: Mat Rempit.
2010: Kapoww!!, Arahan Azizi Chunk Adnan, Watak Pembantu: Mi Belit.
Estet, Arahan Mamat Khalid, Watak Pembantu: Junna
V3: Samseng Jalanan Arahan Farid Kamil.
2011: KL Gangster, Arahan Syamsul Yusof, Watak Utama: Ajib Sengat.
Kantoi, Arahan Ahmad London, Watak Pembantu: Salman.
Pesawat bersaing hebat bagi mendapatkan kontrak penggantian Mig-29N TUDM di LIMA13
KUALA LUMPUR 29 Mac - Dalam keghairahan orang ramai melihat pertunjukan
Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013, tanpa
disedari berlaku ‘peperangan sengit’ di belakang tadbir melibatkan
syarikat pengeluar pesawat tempur.
Peperangan yang dimaksudkan adalah pertarungan sengit untuk memenangi kontrak penggantian pesawat pejuang MiG29 yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ketika ini.
Antara pesawat yang kini sedang menunjukkan keupayaannya unik mereka di LIMA 2013, sekali gus cuba memikat hati TUDM adalah Sukhoi SU-35 (Russia), Dassault Aviation Rafale (Perancis), Eurofighter Typhoon (Britain), FA-18F Super Hornet (AS) dan JAS Gripen (Sweden).\
Peperangan yang dimaksudkan adalah pertarungan sengit untuk memenangi kontrak penggantian pesawat pejuang MiG29 yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ketika ini.
Antara pesawat yang kini sedang menunjukkan keupayaannya unik mereka di LIMA 2013, sekali gus cuba memikat hati TUDM adalah Sukhoi SU-35 (Russia), Dassault Aviation Rafale (Perancis), Eurofighter Typhoon (Britain), FA-18F Super Hornet (AS) dan JAS Gripen (Sweden).\
![]() |
Dassault Aviation Rafale |
Daripada lima buah pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) berkenaan,
Dassault Aviation Rafale, Eurofighter Typhoon dan FA-18F Hornet dilihat
begitu menonjol dalam usaha melobi kontrak berkenaan.
Typhoon merupakan pesawat terbaik dengan mempunyai kelajuan 2 Mach, merangkumi kemampuan sistem teknikal dan persenjataannya yang canggih tetapi harganya yang boleh mencecah RM3 bilion sebuah telah membuatkan kerajaan mungkin perlu menimbangkan pilihan lain.
Manakala Rafale yang merupakan pesaing terdekat Typhoon menawarkan kelebihan dari segi harga yang lebih murah. Baru-baru ini, kerajaan India sedang menimbang untuk pembelian 126 pesawat itu dengan nilai AS$10 bilion atau bersamaan RM30 bilion.
Typhoon merupakan pesawat terbaik dengan mempunyai kelajuan 2 Mach, merangkumi kemampuan sistem teknikal dan persenjataannya yang canggih tetapi harganya yang boleh mencecah RM3 bilion sebuah telah membuatkan kerajaan mungkin perlu menimbangkan pilihan lain.
Manakala Rafale yang merupakan pesaing terdekat Typhoon menawarkan kelebihan dari segi harga yang lebih murah. Baru-baru ini, kerajaan India sedang menimbang untuk pembelian 126 pesawat itu dengan nilai AS$10 bilion atau bersamaan RM30 bilion.
![]() |
FA-18F Hornet |
Sementara itu, pilihan ketiga iaitu FA-18F pula mempunyai syarat yang
terlalu ketat, terutamanya dari segi teknologi dan kod sumber (source
code) yang tidak mudah untuk dipindahkan kepada pembeli pesawat.
Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan untuk melupuskan 16 pesawat MIG 29N yang dibeli dari Rusia pada 1995 pada kos AS$381 juta dengan menjualnya kepada negara yang berminat.
Keputusan berkenaan dibuat berikutan kos penyelenggaraan yang tinggi dan jika dilupuskan kerajaan akan jimat sebanyak RM260 juta setahun.
Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan untuk melupuskan 16 pesawat MIG 29N yang dibeli dari Rusia pada 1995 pada kos AS$381 juta dengan menjualnya kepada negara yang berminat.
Keputusan berkenaan dibuat berikutan kos penyelenggaraan yang tinggi dan jika dilupuskan kerajaan akan jimat sebanyak RM260 juta setahun.
![]() |
Eurofighter Typhoon |
Kontrak berkenaan bukan hanya tertakluk kepada urusan jual beli
semata-mata, tetapi kerajaan juga ingin melihat kepada tawaran timbal
balik yang boleh diberikan oleh syarikat pengeluar berkenaan seperti
pemindahan teknologi.
Ini bermakna tawaran mereka bukan hanya fokus kepada teknologi dan harga yang kompetitif tetapi pulangannya kepada keseluruhan industri pertahanan negara.
Pemilihan pesawat baharu menggantikan MIG 29N perlu memberi keutamaan kepada pesawat strategik yang berupaya melakukan penerbangan jarak jauh dan pesawat medium seperti MRCA. - Utusan Malaysia
Ini bermakna tawaran mereka bukan hanya fokus kepada teknologi dan harga yang kompetitif tetapi pulangannya kepada keseluruhan industri pertahanan negara.
Pemilihan pesawat baharu menggantikan MIG 29N perlu memberi keutamaan kepada pesawat strategik yang berupaya melakukan penerbangan jarak jauh dan pesawat medium seperti MRCA. - Utusan Malaysia
Langgan:
Catatan (Atom)