Rabu, 13 Mei 2015

Hantu Air

Kisah ni berlaku masa aku berumur 13thn.zaman aku dl umur mcmtu xterfikir lagi nk ada awek2 ni..masih main perang2 lagi belakang rumah..belakang rumah ni ada la kawasan hutan & semak2 sikit..situ la port kita orang main bila petang.arwah nenek ada cerita dia pernah ternampak babi hutan berwarna putih,kata orang babi putih ni ada puaka..tp biasa la zaman budak2 ni mana percaya benda2 mcmtu..

Suatu ptg tu mcm biasa la kami bermain sampai maghrib,dengar suara mak pekik dari rumah suruh balik baru la kita org balik.Malam tu mata aku mcm sakit je,asik bkelip2 sendiri xdpt nak kawal..tp esoknye masih sekolah la mcm biasa.balik dari sekolah tu makin teruk pula..mata asyik bkelip xhenti2 sampaikn nk berjalan pun kena pimpin dgn kawan2.

Bila malam pula keadaan jd lg teruk,nk pegi tandas sendiri pun xmampu.nafas aku pula dh mcm bunyi babi hutan..mak aku pun bawa la pegi klinik..doktor pun pelik tgk keadaan aku,dia pun bg ubat & bg cadangan supaya berubat cara kampung.

Dipendekkan cerita,kami sekeluarga balik ke kampung untuk berubat.dah settle berubat tu,bomoh tu bg tahu yg aku terkena hantu air.mungkin terlangkah tempat mainan babi hutan putih..mungkin kubangnye kot..xpastilah..
Syukur lepas berubat tu mata aku ok la sikit..dah kurang kelip2nye..bila dah kurang apa lagi, kembali aktif la bermain.

Kalau kat kampung paling seronok mestilah mandi sungai@tasik..bila dapat peluang mandi memang berjam2 kami kerjakan.kalau mandi biasa la ada yg main lipat..ada yg menyelam..ada yg main tali Tarzan.mandi punya mandi, smpi ke ptg..aku masih dok menyelam lagi.sedap2 menyelam tibe2 aku nampak kepala orang tanpa badan mukanya sgt hodoh dan rambutnye menggerbang..Serta mulut ternganga..aku pun cepat2 naik ke darat.terus aku ajak kwn2 aku balik.tapi aku xceritakan apa yg aku nmpk td.

Esoknya..aku pun ceritakan apa yg aku nampak semalam.arwah atuk aku ckp tu la hantu air..trauma jgk la aku beberapa hari..mmg lama jgk la xmandi sungai..tu la pegalaman aku jumpa hantu air.

                                         

Isnin, 6 April 2015

Dilucutkan tauliah....

Akhirnye setelah 6 tahun berkhidmat Nokia 5800 aku ni terpaksa ditamatkan
Perkhidmatan kerana terlalu usang.dibeli pada tahun 2009 dengan harga rm850.
Selama 6 tahun berkhidmat memang prestasinye cemerlang,sangat² berpuas hati.
Rest in peace my lovely friend...

Sabtu, 19 April 2014

Kereta Mini



Kereta Mini 4WD

Hahaha...pelik tapi benar,permainan masa zaman sekolah dulu sekarang dah top semula.Tak lain lagi Kereta mini 4WD...dulu kita orang panggil kereta Dash Yonkuro je.Tapi zaman sekolah dulu mana la ada duit sangat nak beli yang brand Tamiya,cuma mampu beli brand Auldey,Gokey & Diamond je. Sekarang dah kerja baru la mampu beli Tamiya,tu pun Pinoy je..Made in Japan memang simpang la.
Seronok main kereta mini ni,banyak pekara kena belajar,contohnye cara nak beli enjin yang sesuai,gear ratio,tayar & macam lagi la.Dulu tak tau sangat benda2 tu sbb dulu main kat longkang je.hahaha..
                                          Yang ni namanya gear & motor


                                          Anak buah den pun main sekali..

Rabu, 28 Ogos 2013

Semoga Roh nya dicucuri rahmat....

Dah lama xdengar berita pasal kawan2 masa study di Kolej Shahputra Kuantan/Pekan,Pahang.Tapi alangkah terkejut bila dengar berita kematian salah seorng dari mereka.Semoga roh nya dicucuri rahmat.Banyak kenangan yang kita lalui bersama.

Dua pegawai SPRM maut  
 
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 2.4, Jalan Tun Mustapha, Labuan, semalam. Herman (kiri) dan Mohd Hafeez maut di tempat kejadian.
Labuan: Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan dan seorang kanak-kanak berusia dua tahun terbunuh apabila kenderaan mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 2.4 Jalan Tun Mustapha, berhampiran Pasar Peladang di sini, kelmarin.

Dalam kemalangan kira-kira jam 11.25 malam itu, Penolong Penguasa SPRM, Herman Ahad, 33, dan Penolong Penguasa SPRM, Mohd Hafeez Bauzi, 31, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala serta badan.
Herman berasal dari Kampung Kilan di sini, manakala Mohd Hafeez dari Kampung Sungai Karang, Darat, Kuantan, Pahang, masing-masing bertugas di Unit Siasatan dan Unit Keselamatan SPRM.


Khairul Muhaimin Khairul Amin, 2, dari Kampung Lajau di sini, pula yang parah di kepala, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Nukleus Labuan.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Adzhar Othman, berkata kereta Toyota GT dipandu Herman yang dalam perjalanan ke pusat bandar merempuh PERODUA Kancil dinaiki kanak-kanak itu bersama ibu saudaranya, Nuratiqah Tamin, 20 dan Norsalbindra Salleh, 22.

Wanita itu dan Norsalbindra yang juga tunangnya, hanya cedera ringan.

Terbabas rempuh pokok
Siasatan awal mendapati Toyota GT merempuh PERODUA Kancil yang berada di lorong kanan sebelum kedua-dua kereta berkenaan terbabas.

“Akibat pelanggaran itu, kedua-dua kenderaan terbabas ke kiri jalan lalu melanggar tiang lampu dan merempuh pokok sebelum terbalik,” katanya.

Mayat kedua-dua pegawai SPRM itu dihantar ke Hospital Nukleus Labuan untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jenazah Mohd Hafeez diterbangkan ke ibu negara petang semalam sebelum dibawa ke kampungnya untuk dikebumikan.

Sementara itu, isteri Herman, Siti Azila Ag Emran, guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Papar, Sabah, ketika ditemui di hospital, berkata dia dimaklumkan kejadian menimpa suaminya, tengah malam kelmarin.

“Kali terakhir saya berjumpa arwah Isnin lalu ketika menghantarnya ke Menumbok, Sipitang untuk menaiki feri ke Labuan.

“Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap ketika kali terakhir bercakap dengannya menerusi telefon, petang semalam (kelmarin),” katanya yang mempunyai seorang anak berusia dua tahun.

Petikan dari akhbar Berita Harian.

Khamis, 18 April 2013

Faktor-faktor kenapa lelaki kahwin lambat...





Ko ni bila nak kawen??soalan ni selalu orang tanya kat aku.Soalan ni memang susah nak jawab,lagi susah dari soalan Kimia masa aku exam SPM dulu.Bila orang tanya macam ni,aku mampu senyum je dan jawab belum ada jodoh lagi.Aku ada terbaca dalam satu Blog,sebab2 kenapa lelaki kawen lambat.Ada juga yang kena dengan hidup aku.Tak tau la dengan orang lain.

1.”Duit belum cukup lagi”.
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!

2. “Nak beli kereta dulu baru nak kahwin”.
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu..

3. “Susah la nak cari yang berkenan dihati”.
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ? da duit abangku sayang, takde pitis sayangpun melayang!

4.”Tak datang seru lagi kot”.
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.

5.”Banyak sangat halangan”.
Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!

6.”Belum bersedia la”.
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.

7. “Ilmu tak cukup la”.
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?impi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?soal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!

8. Tanggungan??
Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri”.Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul. Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.

9.“Dah mencubalah tapi telah dikecewakan”.
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.

10.”Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la”.
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.

11.”Jodoh tak sampai lagi kot”.
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!

12.”Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat” .
Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!

13. “Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka”.
Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!

14.”Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la”.
Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!

15.”Dia nie suka pasang ramai org sangat”.
Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.

16. “Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak”.
Pompuan memang camtu..

17. “Nak carik yang solehah lah”.
Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.

18. “Masalah la”.

Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.

19. “Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la”.
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.

20. “Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya”.

Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia.

Isnin, 15 April 2013

Lama tak dengar berita pasal Deftech AV4


  • Mungkin ramai yang tidak sedar yang Deftech pernah menghasilkan kenderaan tempur ringan yang diberi nama AV4.Tetapi setelah beberapa tahun pemasaran kenderaan ini masih belum berjaya menembusi pasaran.Malah Negara kita sendiri telah memilih PARS 8x8 untuk program penggantian Condor 4x4 dan Sibmas 6x6. 
 
  • Selepas negara kita dikejutkan dengan pencerobohan kesultanan Sulu di Lahad Datu Sabah,aku pun terfikir kenapa Tentera kita tidak gunakan saja AV4 ni sebagai kenderaan tinjuan dan sebagai bantuan tembakan kepada barisan hadapan kita.Daripada gambar2 yang dipaparkan di surat khabar,kita dapat lihat yang pasukan keselamatan kita masih lagi menggunakan kenderaan seperti G-Wagon yang terbuka dan tidak memberi perlindungan kepada anggota ketika bertempur.Ini akan mendedahkan keselamatan anggotan kita kepada tembakan pihak musuh.
 
  • Walaupun  kenderaan AV4 mempunyai perlindungan yang minima,tetapi masih mampu untuk memberi perlindungan daripada tembakan senjata ringan.Harap2 perkara ini di pandang serius oleh bahagian kepimpinan ketenteraan kita.Setiap nyawa anggota keselamatan amat tinggi nilainya,mereka memerlukan peralatan yang bersesuaian untuk menjamin keselamatan mereka.

Soffi Jikan???

Masih ramai yang belum cukup mengenali siapakah pelakon ini, Sofi Jikan. Seorang pelakon yang cukup berkarisma dalam setiap watak yang pernah dibawanya.Antara watak yang paling diingati adalah dalam filem Zombie kg Pisang,KL Gangster,Hantu Kak Limah Balik Rumah,Bohsia,Rock dan banyak lagi.


Nama Penuh   : Mohamad Shoffi Jikan
Panggilan        : Soffi-G
Asal               :  Kuala Terengganu, Terengganu
Tarikh Lahir    : 13 November 1970
Usia                : 41 Tahun
Isteri               : Izzatty Isma Ibrahim, 30
Anak              : Sufilyana Syahmi (7 tahun), Ilham Izzuddin (5 tahun) dan Irfan Solihin (3 bulan).
Pendidikan      : Akademi Filem Malaysia (sekarang Akademi Seni, Warisan dan Budaya (ASWARA) pada awal 90-an.
Kerjaya           : Pelakon, Pengarah, Penulis Skrip dll


 Setiap watak lakonannya amat meninggalkan kesan. Walaupun beliau kurang mendapat publisiti yang meluas, bakat lakonannya yang menjadi taruhan dan diberi kepercayaan oleh pengarah yang ingin mendapatkan khidmat beliau. Sofi Jikan juga telah membuktikan bahawa seorang pelakon mampu pergi jauh walaupun sebagai watak pembantu. 




Antara filem yang pernah dibintanginya:
2003: Paloh, Arahan Adman Salleh, Watak Pembantu: Harun.
2005: Rock, Arahan Mamat Khalid, Watak Pembantu: Zul Kapan.
2006: Man Laksa, Arahan Mamat Khalid, Watak Pembantu: Imran Hafifi.
Cinta, Arahan Kabir Bhatia, Watak Pembantu: Joe.
2007: Chermin, Arahan Zarina Abdullah, Watak Pembantu: Zakaria.
Zombie Kampung Pisang, Arahan Mamat Khalid, Watak Pembantu: Sopi.
2008: Kala Malam Bulan Mengambang, Arahan Mamat Khalid, Watak Pembantu: Ketua Pergerakan Bawah Tanah.
Antoo Fighter, Arahan Azizi Chunk Adnan, Watak Pembantu: Admiral Bajang.
Los dan Faun, Arahan Afdlin Shauki, Watak Pembantu: Pak Guard.
2009:  Setem, Arahan Kabir Bhatia, Watak Pembantu: Mat Rempit.
2010: Kapoww!!, Arahan Azizi Chunk Adnan, Watak Pembantu: Mi Belit.
Estet, Arahan Mamat Khalid, Watak Pembantu: Junna
V3: Samseng Jalanan Arahan Farid Kamil.
2011:    KL Gangster, Arahan Syamsul Yusof, Watak Utama: Ajib Sengat.
Kantoi, Arahan Ahmad London, Watak Pembantu: Salman.